Saudariku.....Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasitaman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisamenarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun...tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbanglantaran duri yang memagari dirinya
Umpama mawar dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ...
tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya...Saudariku...Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ...ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...
umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup
...sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam... Namun ... ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ... Namun ingatlah saudariku...sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah...
Saudariku...akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu
...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita".... Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu...
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu...Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingindisayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta
... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment