Tidak pula merasa keluh kesah kerana ia telah melewat-lewatkan kewajipan solat fardhu itu..Ada orang bertanya tentang tafsir ayat yang keempat dan kelima dari surah'Al-Ma'un. Yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah akan didapati orang-orang yang solat. Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai."
Dalam ayat tersebut Allah SWT telah mencadangkan bahawa neraka tersebutdiperuntukkan bagi orang-orang yang mengerjakan solat, tetapi solat mereka itu dalam keadaan yang lalai dan lupa.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan lalai itu? Jawabnya ada beberapa perkara yang termasuk di dalam erti kata lalai itu, antaranya ialah;
pertamanya: Mereka yang lupa ketika mengerjakan solat sehingga tidak disedarinya berapa rakaat solat yang sedang dikerjakannya itu,
keduanya: Mereka lalai dengan waktu solat fardhu, ataupun mereka ingat waktu solat tetapi bertangguh-tangguh, nanti dulu, nanti sebentar lagi dan sebagainya. Mereka bertangguh-tangguh itu sama ada disebabkan urusan pekerjaan dan seumpamanya.
Termasuk juga dalam erti kata lalai ialah mereka yang melupakan maksud sebenar solat yang diperintahkan oleh Allah SWT, walaupun ia mendirikan solat namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmat solat itu.
Ibnu Jarir pula mengertikan perkataan lalai itu ialah mereka tidak bersungguh-sungguh mengerjakannya, dalam solat ingatannya melayang kepada yang lain, tidak disegerakan untuk membulatkan ingatannya untuk Allah SWT. Adapun maksud sebenar tentang lalai dan lupa itu ialah mereka yang sekiranya melakukan solat di awal waktu itu merasa beruntung serta bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kepadanya sehingga dapat melakukan solat di awal waktu.
Dan jika melambat-lambatkan solatnya sehingga dihujung waktu pun tidak merasa sesuatu yang merugikan malah tidak pula merasa keluh kesah kerana ia telah melewat-lewatkan kewajipan solat fardhu itu. Orang yang telah sampai ke peringkat tidak merasai perbezaan antara solatdi awal waktu atau di hujung waktu, maka dalam keadaan tersebut jika pun ia mendirikan solat tetapi malangnya ia telah direzabkan oleh Allah SWT untuk mendapat kedudukan yang selayaknya iaitu di dalam neraka.
Ada juga orang terlambat mengerjakan solat kerana ia tertidur, walaupun tertidur dan terlupa, itu suatu perbuatan yang tidak dikira salah disisi syariat, namun ia hendaklah diperhatikan dari beberapa sudut. Apakah ia tidur setelah masuk waktu atau ketika waktu telah hampir tiba, jika dalam keadaan itu maka ia disifatkan sebagai cuai. Dengan kecuaian itu juga Allah SWT akan mendatangkan balasannya sesuai dengan kecuaian yang telah dilakukan. Tidur yang dianggap sebagai ibadah hanyalah tidur yang dilakukan sebagai modal untuk berjaga malam kerana hendak melakukan solat malam seperti yang digalakkan oleh Islam.
2 comments:
Lalai adakah membawa maksud terlupa adakah membawa maksud alpha adkah membawa maksud mals sebenarnya..
mmm..manusia sememangnya begitu..
mudah lupa lagi pelupa...
mmmm kdg2 kita x sedar y kita ni lalai..mcm sy..kdg2 bila masuk azan..masih teruskan dgn keje..lengah2 jer..kdg2..dlm solat pun..selalu tlupa..dah masuk rakaat berapa..mmmm..sya tgh mengupdate diri..uuuu...sesungguhnye kita ni tmasuk dlm gol y zalim..
Post a Comment