Thursday, November 6, 2008

PEMAKAIAN CINCIN



Nabi Memakai Cincin
Adalah Nabi kita Muhammad S.A.W berminat juga memakai cincin. Tetapi cara memakainya itu tidaklah keterlaluan iaitu tidak lebih dari dua bentuk sahaja. Terkadang dipakainya satu sahaja, terkadang di tangan kanan dan ada kalanya di tangan kiri. Ini amat berlainan sekali dengan orang di zaman kita ini, di mana orang di zaman kita ini apabila berminat dengan cincin dipakainya sepuluh jari dengan sepuluh cincin. Wah jauh sekali perbezaannya ya?
Dan adalah cincin-cincin Nabi itu dipebuat daripada perak dan permatanya daripada Akik. Dan pernah sekali Nabi Muhammad S.A.W memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang laki-laki memakai emas. Kemudian apabila diturunkan ayat itu maka nabi pun segera menanggalkannya dan menyuruh sekalian sahabat-sahabatnya yang memakai cincin emas supaya menanggalkannnya.
Dan lagi adalah Nabi kita Muhammmad S.A.W itu memakai cincin pada jari manisnya yang kanan atau kiri, dan terkadang Nabi juga memakai pada jari kelingkingnya kanan dan kiri. Terukir pada cincinnya itu Muhammad Rasulullah iaitu Nabi mengukir namanya di atas cincin itu, dan perbuatan Nabi itu juga sebagai membolehkan ke atas umat-umatnya mengukir nama si pemakai di atas cincinnya itu, bukan nama Nabi Muhammad Rasulullah sebagai mana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W:
Ertinya: Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA. Katanya, adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu tiga baris pertama Muhammad, kedua Rasul dan ketiga Allah.
Dan tersebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari, kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut. Dan makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi laki-laki.

No comments: