Wednesday, December 17, 2008

HIKMAH DIAM


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM


1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.


Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )


* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )


* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )


Madah Dari Hukama:


* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.


* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..


* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.


DOA JODOH


Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan dia akan mejadi teman menapaki hidup Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan diantara kami Agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Pengasih Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ke tepian yang sejahtera dan abadi Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan... Dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku Dan peliharalah aku dari kekecewaan Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merah Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya Dan ya Allah yang tercinta... Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Walaupun tidak sama dengan dirinya Ya Allah ya Tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirMu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hambaMu ini Ya Allah... Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku Di dunia dan di akhirat Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini Jangan Engkau biarkan aku sendirian Di dunia ini maupun di akhirat Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang Engkau redhai Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...Amin.

Monday, December 15, 2008

Untungnya Mencintai Allah

Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:
1. Tiada kecewa-Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.
2. Tiada saingan- Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.
3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan- Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut. Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.
4. Dapat kawan dan perpaduan- Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.
5. Menghilangkan mazmumah- Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa. Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.
6. Disenangi oleh orang- Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan. Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.
7. Tidak akan kesepian atau keseorangan- Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur. Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.
8. Jalannya luas dan selamat- Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan.
Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.

Saturday, December 13, 2008

MADAH

Takutlah anda pada kebaikan manusia lebih banyak dari anda takuti pada kejahatan mereka. Kerana kebaikan mereka mengenai anda pada hati anda,sedangkan kejahatan mereka mengenai anda pada tubuh luaran anda. Kena anda pada badan adalah lebih baik dari anda kena pada hati. Sesungguhnya musuh di mana anda kembali kepada Allah dengan musuh itu adalah lebih baik dari seorang teman yang menghambat-hambat (menghalang) anda pada jalan Allah." -(Madah Syeikh Abul Hassan As-syazli r.a.)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~Renungan 2~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Wahai manusia! Kamu mencintai tiga macam, padahal ketiga itu bukan milikmu. Satu, kamu mencintai dirimu, padahal diri itu milik hawa dan nafsu. Kedua, kamu mencintai rohmu, padahal nyawa itu milik Allah s.w.t. Ketiga, kamu mencintai hartamu, padahal harta itu milik ahli waris turun-temurun." (Madah ahli tasawuf, Abu Turab r.a)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~Renungan 3~~~~~~~~~~~~~~ "Sesungguhnya engkau tidak sanggup memberi kelapangan kepada manusia dengan hartamu. Maka berilah kelapangan kepada mereka dengan kemanisan muka dan kebagusan akhlak!" (Hadis Rasulullah s.a.w.)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~Renungan 4~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Kebagusan akhlak itu pada tiga perkara : Menjauhkan segala yang haram,mencari yang halal dan berbuat keluasan kepada keluarga." (Madah Saiyidina Ali r.a.)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~Renungan 5~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Maka begitu pulalah perbuatan hina yang menjadi penyakit hati itu, ubatnya ialah: dengan lawannya. Maka penyakit kebodohan diubati dengan belajar.Penyakit kikir, diubati dengan kemurahan. Penyakit sombong dengan merendah hati. Dan penyakit rakus dengan menahan diri dengan rasa berat, dari sesuatu yang diingini." (Petikan dari kitab Ihya' Ulumiddin oleh Imam Ghazali)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~Renungan 6~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada berkurang harta kerana sedekah, dan Allah tidak menambah pada seorang yang memaafkan melainkan kemuliaan. Dan tiada seorang yang bertawaduk (merendah diri)kerana Allah, melainkan dimuliakan oleh Allah." (Muslim)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Renungan 7~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Abu Thalib Al-Makki berkata: "Perut itu adalah rebab. Iaitu kayu yang berlubang, mempunyai tali-tali. Sesungguhnya bagus bunyinya, kerana ringan dan tipisnya. Dan kerana ia berlubang, tiada berisi penuh. Begitu pula rongga perut! Apabila ia kosong, nescaya adalah lebih manis untuk membaca Al-Quran, lebih lama untuk berdiri solat dan lebih mengurangkan tidur." Petikan dari kitab Ihya' Ulumiddin oleh Imam Ghazali)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Renungan 8~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup, yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga, yang bertaqwa dan Allah marah orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta (mengemis) yang memaksa dan kurang cerdik." (Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dari Sa'ad)

Ya Allah! KepadaMu jua kami memohon kelembutan hati untuk mudah menerima hidayahMu! Amin ya Rabbal-'alamin."

15 PERKARA PENYEBAB BALA

tsunami 2004

banjir besar 2006

Tanah runtuh 2008



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; " Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara iaitu;

1. Mereka yang berkuasa mencari keuntungan (diri dan keluarga),
2. Amanah dianggap ghanimah,
3. Membayar zakat dianggap merugikan,
4. Suami tunduk pada isteri,
5. Durhaka kepada ibu,
6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran,
7. Membenci ayah,
8. Bersuara keras (menjerit-jerit) di masjid,
9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya,
10. Orang yang ditakuti (dihormati) kerana kejahatannya,
11. Minuman arak berleluasa,
12. Semakin ramai lelaki memakai sutera,
13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa,
14. Permainan muzik merata-rata,
15. Umat akhir zaman sewenang-wenangnyaa mengutuk umat-umat permulaan termasuk para sahabat Nabi s.a.w. dan para imam Muktabar, (menolak fatwa).

Ketika itu turunlah azab berupa angin merah (jerebu) atau gempa bumi, keruntuhan akhlak atau kemusnahan ekonomi. Hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Saidina Ali r.a. dari Kitab Irsyadul Ibid Ila ir-Rasyad."


Thursday, December 4, 2008

4 CARA KENALI KEAIBAN DIRI

  1. Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.
  2. Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya. Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.
  3. Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.
  4. Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain.

Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.

Wednesday, December 3, 2008

LALAI NENUNAIKAN SOLAT


Tidak pula merasa keluh kesah kerana ia telah melewat-lewatkan kewajipan solat fardhu itu..Ada orang bertanya tentang tafsir ayat yang keempat dan kelima dari surah'Al-Ma'un. Yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah akan didapati orang-orang yang solat. Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai."
Dalam ayat tersebut Allah SWT telah mencadangkan bahawa neraka tersebutdiperuntukkan bagi orang-orang yang mengerjakan solat, tetapi solat mereka itu dalam keadaan yang lalai dan lupa.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan lalai itu? Jawabnya ada beberapa perkara yang termasuk di dalam erti kata lalai itu, antaranya ialah;
pertamanya: Mereka yang lupa ketika mengerjakan solat sehingga tidak disedarinya berapa rakaat solat yang sedang dikerjakannya itu,
keduanya: Mereka lalai dengan waktu solat fardhu, ataupun mereka ingat waktu solat tetapi bertangguh-tangguh, nanti dulu, nanti sebentar lagi dan sebagainya. Mereka bertangguh-tangguh itu sama ada disebabkan urusan pekerjaan dan seumpamanya.
Termasuk juga dalam erti kata lalai ialah mereka yang melupakan maksud sebenar solat yang diperintahkan oleh Allah SWT, walaupun ia mendirikan solat namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmat solat itu.
Ibnu Jarir pula mengertikan perkataan lalai itu ialah mereka tidak bersungguh-sungguh mengerjakannya, dalam solat ingatannya melayang kepada yang lain, tidak disegerakan untuk membulatkan ingatannya untuk Allah SWT. Adapun maksud sebenar tentang lalai dan lupa itu ialah mereka yang sekiranya melakukan solat di awal waktu itu merasa beruntung serta bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kepadanya sehingga dapat melakukan solat di awal waktu.
Dan jika melambat-lambatkan solatnya sehingga dihujung waktu pun tidak merasa sesuatu yang merugikan malah tidak pula merasa keluh kesah kerana ia telah melewat-lewatkan kewajipan solat fardhu itu. Orang yang telah sampai ke peringkat tidak merasai perbezaan antara solatdi awal waktu atau di hujung waktu, maka dalam keadaan tersebut jika pun ia mendirikan solat tetapi malangnya ia telah direzabkan oleh Allah SWT untuk mendapat kedudukan yang selayaknya iaitu di dalam neraka.
Ada juga orang terlambat mengerjakan solat kerana ia tertidur, walaupun tertidur dan terlupa, itu suatu perbuatan yang tidak dikira salah disisi syariat, namun ia hendaklah diperhatikan dari beberapa sudut. Apakah ia tidur setelah masuk waktu atau ketika waktu telah hampir tiba, jika dalam keadaan itu maka ia disifatkan sebagai cuai. Dengan kecuaian itu juga Allah SWT akan mendatangkan balasannya sesuai dengan kecuaian yang telah dilakukan. Tidur yang dianggap sebagai ibadah hanyalah tidur yang dilakukan sebagai modal untuk berjaga malam kerana hendak melakukan solat malam seperti yang digalakkan oleh Islam.